Tuesday 30 October 2012

" Study Table...In Progress "

Alhamdulillah..Sekarang ni dalam proses menyiapkan tempahan " Study Table ". Ukurannya 110cm x 80cm x 55cm.

Friday 26 October 2012

" Salam AidilAdha..."

Salam AidilAdha dari Mr.WoodDeco. Hayatilah erti pengorbanan dan berhati-hati semasa dalam perjalanan ke kampung halaman juga ketika kembali semula ke kota untuk menyambung semula pekerjaan...

Sunday 21 October 2012

"Alhamdulillah.tempahan selamat dihantar "

Alhamdulillah, hari ni selamat menghantar tempahan pelanggan saya, En. Zaidi di Nilai Impian. Senang hati melihat senyuman gembira dan puas hati pelanggan dengan hasil kerja saya. Terima kasih juga kepada beliau yang memberikan saya sepasu pokok bunga " Burung Bertenggek "..InsyaAllah, moga bertambah murah rezeki En. Zaidi sekeluarga dan boleh membuat tempahan lagi dari saya..Hehe...xD

Tempahan yang sedia  untuk dihantar

Tempahan yang telah siap dipasang
   

Friday 19 October 2012

" Alhamdulillah..Gate Workshop dah siap..."

Gate siap dipasang untuk entrance ke Workshop

Gate untuk Workshop saya
Alhamdulillah..Akhirnya siap jugak gate untuk Workshop saya. Design dari saya sendiri, saya buat drawingnya dan submit kepada Welder. Ringkas, kemas, dan murah..

Tuesday 9 October 2012

" Wooden Fish Pond dah siap..."

Alhamdulillah, satu lagi tempahan pelanggan sudah disiapkan. Cuma perlu tunggu hujung minggu ini untuk dihantar kepada pelanggan saya. InsyaAllah, semoga pelanggan saya itu berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya juga projek pertama dihasilkan di workshop baru saya..
Proses pengeringan varnish

Varnish sudah kering. Sedia untuk dihantar

Thursday 4 October 2012

" Wooden Fish Pond "

Alhamdulillah,sekarang dalam proses menyiapkan tempahan iaitu sebuah "Wooden Fish Pond". Saya cuma perlu bina bahagian kayunya sahaja kerana bahagian kolam ikannya telah dibina sendiri oleh customer saya itu. InsyaAllah, hujung minggu ini akan dihantar kepada beliau.

Kerja pemotongan dan penghalusan kayu siap



"Alhamdulillah, workshop dah siap..."

Alhamdulillah, workshop saya sudah siap. Sedia untuk dimuatkan dengan mesin-mesin juga peralatan pertukangan saya. InsyaAllah, sekarang dalam proses menyusun atur peralatan untuk memudahkan aktiviti pertukangan saya nanti..

Sedia utk dimuatkan dengan mesin-mesin pertukangan



Monday 1 October 2012

" Menyiapkan tempahan.."

Alhamdulillah, sekarang dalam proses menyiapkan tempahan pelanggan. InsyaAllah, akan dihantar kepada pelanggan hujung minggu ini...