Saturday 31 August 2013

" Salam Aidilfitri"

Salam sejahtera semua. Masih beraya lagi ke? Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua yang ingin mendapatkan khidmat pertukangan saya. Saya tidak dapat menerima sebarang tempahan buat masa ini kerana kesibukan dengan kerjaya saya. InsyaAllah, mungkin pada masa akan datang.

Sunday 7 July 2013

"Salam Ramadhan"

InsyaAllah, Ramadhan bakal menjelang lagi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Moga bertambah pahala amalan. Ameen.

Monday 10 June 2013

"Salam Sejahtera Semua..."

Sudah hampir separuh tahun 2013 berlalu. Saya masih belum berpeluang untuk menyambung semula kerja-kerja pertukangan saya. Ribuan maaf saya  pohonkan kepada meraka yang menghantar email kepada saya untuk pelbagai pertanyaan berkenaan dengan pertukangan.

Jadual kerja yang agak padat tidak memberi saya peluang untuk menjalankan kerja-kerja pertukangan. Workshop saya juga terpaksa saya tinggalkan untuk sementara waktu. Banyak tempahan yang terpaksa saya tolak.

InsyaAllah,mungkin pada masa akan datang..xD

Sunday 20 January 2013

" Salam 2013.."

Salam sejahtera semua. Syukur sebab tahun 2013 ni dimulakan dengan kerjaya baru. So, buat sementara waktu ini saya tidak dapat menerima tempahan-tempahan dari anda semua kerana agak sibuk menyiapkan baki tempahan yang sedia ada juga. Juga saya agak sibuk prepare untuk kerjaya baru saya.

InsyaAllah, jika semuanya sudah selesai dan saya ada kesempatan, saya akan maklumkan kepada anda semua.

Ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak menghantar email kepada saya untuk tempahan juga pertanyaan.