Tuesday 30 October 2012

" Study Table...In Progress "

Alhamdulillah..Sekarang ni dalam proses menyiapkan tempahan " Study Table ". Ukurannya 110cm x 80cm x 55cm.

Friday 26 October 2012

" Salam AidilAdha..."

Salam AidilAdha dari Mr.WoodDeco. Hayatilah erti pengorbanan dan berhati-hati semasa dalam perjalanan ke kampung halaman juga ketika kembali semula ke kota untuk menyambung semula pekerjaan...

Sunday 21 October 2012

"Alhamdulillah.tempahan selamat dihantar "

Alhamdulillah, hari ni selamat menghantar tempahan pelanggan saya, En. Zaidi di Nilai Impian. Senang hati melihat senyuman gembira dan puas hati pelanggan dengan hasil kerja saya. Terima kasih juga kepada beliau yang memberikan saya sepasu pokok bunga " Burung Bertenggek "..InsyaAllah, moga bertambah murah rezeki En. Zaidi sekeluarga dan boleh membuat tempahan lagi dari saya..Hehe...xD

Tempahan yang sedia  untuk dihantar

Tempahan yang telah siap dipasang
   

Friday 19 October 2012

" Alhamdulillah..Gate Workshop dah siap..."

Gate siap dipasang untuk entrance ke Workshop

Gate untuk Workshop saya
Alhamdulillah..Akhirnya siap jugak gate untuk Workshop saya. Design dari saya sendiri, saya buat drawingnya dan submit kepada Welder. Ringkas, kemas, dan murah..

Tuesday 9 October 2012

" Wooden Fish Pond dah siap..."

Alhamdulillah, satu lagi tempahan pelanggan sudah disiapkan. Cuma perlu tunggu hujung minggu ini untuk dihantar kepada pelanggan saya. InsyaAllah, semoga pelanggan saya itu berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya juga projek pertama dihasilkan di workshop baru saya..
Proses pengeringan varnish

Varnish sudah kering. Sedia untuk dihantar

Thursday 4 October 2012

" Wooden Fish Pond "

Alhamdulillah,sekarang dalam proses menyiapkan tempahan iaitu sebuah "Wooden Fish Pond". Saya cuma perlu bina bahagian kayunya sahaja kerana bahagian kolam ikannya telah dibina sendiri oleh customer saya itu. InsyaAllah, hujung minggu ini akan dihantar kepada beliau.

Kerja pemotongan dan penghalusan kayu siap



"Alhamdulillah, workshop dah siap..."

Alhamdulillah, workshop saya sudah siap. Sedia untuk dimuatkan dengan mesin-mesin juga peralatan pertukangan saya. InsyaAllah, sekarang dalam proses menyusun atur peralatan untuk memudahkan aktiviti pertukangan saya nanti..

Sedia utk dimuatkan dengan mesin-mesin pertukangan



Monday 1 October 2012

" Menyiapkan tempahan.."

Alhamdulillah, sekarang dalam proses menyiapkan tempahan pelanggan. InsyaAllah, akan dihantar kepada pelanggan hujung minggu ini... 




Wednesday 5 September 2012

" Alhamdulillah..Workshop Sudah Hampir Siap.."

Alhamdulillah, Workshop saya sudah hampir siap. Hanya tinggal sedikit kerja-kerja final touch-up untuk cat dan juga Gate/Pintu Pagar. InsyaAllah, workshop ini akan mula beroperasi dalam minggu ini juga.




Monday 20 August 2012

" Salam Aidilfitri.. "


Alhamdulillah, dapat menyiapkan tempahan-tempahan sebelum Syawal menjelma. InsyaAllah akan bermula semula kerja-kerja pertukangan selepas siap pembinaan Workshop baru saya nanti. Dijangka siap seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. InsyaAllah. Kepada mereka-mereka yang saya tidak dapat menerima tempahan mereka sebelum ini saya pohon maaf kerana kesibukan yang tidak dapat saya elakkan. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin..

Monday 9 July 2012

" Home Sweet Home.."


Alhamdulillah. Selamat kembali ke tanahair, Malaysia. Masa untuk menyiapkan tempahan-tempahan dari pelanggan-pelanggan yang setia menunggu. InsyaAllah sebuah workshop baru akan saya bina bagi memudahkan lagi kerja-kerja pertukangan saya nanti..Ameen..

Friday 15 June 2012

" At Hong Kong..."


Alhamdulillah..Safely arrived at Hong Kong OPL, Dangan Shuidao Anchorage. InsyaAllah will stay here until  25th to end of June..Then, time to go home...

Thursday 19 April 2012

" Jelajah Eropah..."


Alhamdulillah..Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya. InsyaAllah saya akan balas satu persatu. 
Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang ni saya masih berada di luar Malaysia. Sekarang ni saya berada di Las Palmas, Spain. Baru saja menghabiskan pelayaran sekitar negara-negara Eropah seperti Felixstowe di UK, Hamburg di German, Antwerp di Belgium, Le Havre di France. Juga sebelum ni saya belayar ke beberapa daerah di South Africa seperti Durban, Coega juga Cape Town. Juga ke Port Louis, La Reunion, France. 
Selepas ni kami akan belayar semula ke Cape Town, juga ke beberapa buah pelabuhan di South Africa. InsyaAllah sekitar hujung bulan May nanti kami akan sampai ke Singapore. Kemudian akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan-pelabuhan di Negara China. 
InsyaAllah saya akan kembali bercuti pada bulan Jun-Julai nanti...

Sunday 29 January 2012

" Sejuknya China..."

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Untuk pengetahuan semua sekarang ni saya sudah kembali belayar. Dijangka belayar untuk beberapa bulan. Ketika ini saya berada di Qingdao, China atas urusan kerja. Insya-Allah saya akan kembali bercuti dalam bulan Jun - July. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya yer.

Tuesday 3 January 2012