There was an error in this gadget

Wednesday, 14 September 2016

" Akan Menyambung Semula Kerja-kerja Pertukangan Kayu "

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Saya akan menyambung semula kerja-kerja pertukangan kayu. Bermula dengan projek-projek berskala kecil dahulu ya..

Wednesday, 18 March 2015

" Mencari Tempat Baru.."

Alhamdulillah, masih ramai yang menghantarkan pertanyaan. Terima kasih kepada yang bertanya. Ribuan maaf dari saya. Masih belum dapat menerima sebarang tempahan. Masih sibuk dengan kerjaya tetap yang baru nak mengukuh.

InsyaAllah, masih berusaha untuk mencari tempat baru yang sesuai bagi memulakan semula aktiviti pertukangan ini. Moga dipermudahkan. Ameen.

InsyaAllah, akan saya balas email-email yang dihantar untuk semua pertanyaan.

Terima kasih.

Wednesday, 27 August 2014

" Lama bebenor tak bertukang.."

Lama betul tak dapat nak bertukang kayu. Masih sibuk dengan kerjaya tetap yang baru nak bermula. Power Tools semua bagi rehat sementara.

Ribuan terima kasih kepada mereka yang masih menghantar email untuk pertanyaan tempahan. InsyaAllah, mungkin pada masa akan datang.

Sunday, 6 April 2014

Tahun 2014

Alhamdulillah. Moga bertambah murah rezeki. Sudah agak lama tidak dapat update info di blog ini. Agak sibuk dengan kerjaya tetap saya. Masih belum dapat menyambung semula kerja-kerja pertukangan.

Saturday, 16 November 2013

" Tweet Saya .."

Assalam and salam sejahtera. Oleh kerana sibuk dengan kerjaya saya, adakalanya saya agak lewat membalas email-email yang dihantarkan kepada saya berkenaan kerja-kerja pertukangan saya.

Oleh itu, kini sesiapa yang ingin bertanyakan soalan-soalan berkenaan kerja-kerja pertukangan saya bolehlah terus "tweet" saya di @MrRizal1414. InsyaAllah saya akan reply secepat mungkin. 

Terima kasih.

Saturday, 31 August 2013

" Salam Aidilfitri"

Salam sejahtera semua. Masih beraya lagi ke? Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua yang ingin mendapatkan khidmat pertukangan saya. Saya tidak dapat menerima sebarang tempahan buat masa ini kerana kesibukan dengan kerjaya saya. InsyaAllah, mungkin pada masa akan datang.

Sunday, 7 July 2013

"Salam Ramadhan"

InsyaAllah, Ramadhan bakal menjelang lagi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Moga bertambah pahala amalan. Ameen.