Thursday 19 April 2012

" Jelajah Eropah..."


Alhamdulillah..Terima kasih kepada semua yang menghantar email kepada saya. InsyaAllah saya akan balas satu persatu. 
Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang ni saya masih berada di luar Malaysia. Sekarang ni saya berada di Las Palmas, Spain. Baru saja menghabiskan pelayaran sekitar negara-negara Eropah seperti Felixstowe di UK, Hamburg di German, Antwerp di Belgium, Le Havre di France. Juga sebelum ni saya belayar ke beberapa daerah di South Africa seperti Durban, Coega juga Cape Town. Juga ke Port Louis, La Reunion, France. 
Selepas ni kami akan belayar semula ke Cape Town, juga ke beberapa buah pelabuhan di South Africa. InsyaAllah sekitar hujung bulan May nanti kami akan sampai ke Singapore. Kemudian akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan-pelabuhan di Negara China. 
InsyaAllah saya akan kembali bercuti pada bulan Jun-Julai nanti...