Thursday 22 December 2011

"Menyiapkan Tempahan"

Alhamdulillah,satu tempahan telah pun siap. InsyaAllah, satu lagi tempahan sedang dalam proses untuk disiapkan.
( Rak  Buku diatas ini masih belum di varnish )

Friday 7 October 2011

" Cuti pun bermula dahhh..."...

Alhamdulillah, setelah 5 bulan lebih meninggalkan kampung halaman akhirnya sampai juga masa untuk bercuti.2 bulan lebih bercuti, cukup la kot..hehe..Masa untuk mencari income sampingan..InsyaAllah...Ameen..

Monday 18 July 2011

" Ramadhan datang lagi..."

Alhamdulillah, syukur...Insya-Allah dapat sambut Ramadhan lagi tahun ni. Bulan paling dinantikan oleh semua. Bulan yang sungguh ceria...

Wednesday 1 June 2011

"Now Everybody Can Sail..."

           Tetiba masa buat status kat FB saya terfikir pulak pasal idea ni. Biasanya kalau sebut pasal melancong naik kapal persiaran/penumpang mesti dalam kepala terfikir nak kena bayar tambang yang mahal. Jadi kenapa tidak diwujudkan perkhidmatan pelayaran/melancong diatas kapal persiaran pada kadar harga yang rendah kan..??

Sunday 24 April 2011

Kembali Ke Laut...

        Salam sejahtera semua. Buat masa sekarang ni saya belayar ke sekitar Malaysia seperti ke Kota Kinabalu, Sabah, Bintulu Sarawak, Kuching Sarawak, Singapore juga ke Pelabuhan Kelang. Dijangka saya akan belayar untuk beberapa bulan. Kemungkinan sehingga bulan September atau Oktober. Untuk apa-apa pertanyaan bolehlah anda ajukan melalui email saya. Sekian harap maklum..

Saturday 26 March 2011

" Selamat Datang Ke Mr.WoodDeco "

Salam sejahtera semua. Salam perkenalan dari saya. Disini saya ingin berkongsi minat saya dalam seni pertukangan berasaskan kayu. Bermula dengan hanya sekadar mencuba dan juga sebagai hobi pada waktu lapang tetapi kini ianya telah menjadi sumber pendapatan sampingan saya.
      Bermula dengan mencuba merekabentuk dan mencipta perabot bersaiz kecil untuk kegunaan sendiri di rumah juga di tempat kerja. Permulaannya hanya menggunakan peralatan asas pertukangan,dan kemudian perlahan-lahan saya berusaha untuk memiliki "Power Tools" untuk hasil pertukangan yang lebih baik, kemas dan menjimatkan masa juga tenaga.
      Kini saya mengambil langkah membuka blog ini bagi berkongsi idea-idea dan rekaan-rekaan perabot berasaskan kayu juga peluang bagi anda untuk memiliki perabot idaman anda samada berdasarkan contoh-contoh gambar di blog ini atau pun hasil ilham diri anda sendiri.

 "Perabot Impian Menjadi Kenyataan Di Mr.WoodDeco".